Pages

Tuesday, February 26, 2013

Tip Menghilangkan Jerawat Pada Wajah

Menghilangkan jerawat pada muka atau wajah bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi menghilangkan jerawat pada muka atau wajah, anda hendaklah mempunyai disiplin dan kegigihan yang tinggi. Jika semangat anda untuk menghilangkan jerawat pada muka atau wajah hanyalah sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja, kegagalan adalah jawapan yang pasti.

Kebersihan dan kesegaran muka amat penting bagi mengelakkan pertumbuhan jerawat. Kehidupan sehari-hari anda yang penuh dengan kekotoran memberi kesan yang tidak baik pada kesegaran kulit wajah anda. Ini akan menggalakkan pertumbuhan jerawat pada kulit wajah anda.



Antara cara untuk menghilangkan jerawat, mencegah jerawat, merawat jerawat ataupun memulihkan kulit wajah daripada jerawat adalah dengan mencuci muka.

Menggunakan teknik yang betul untuk mencuci muka akan memberi impak yang sangat besar pada kulit wajah anda.

Keperluan mencuci muka bagi menghilangkan jerawat
- Pencuci muka
- Tuala muka x2
- Kapas atau cotton ball
- Toner
- Pelembab atau Moisturizer
- Air bersih atau air sejuk

Cara menghilangkan jerawat dengan mencuci muka
- Basuh tangan anda sebelum mencuci muka. Pastikan tiada kotoran di tapak tangan, celah jari dan kuku anda. Gunakanlah sabun cecair pencuci tangan anti bakteria untuk membasuh tangan anda.
- Basuh muka anda dengan air bersih untuk menghilangkan segala kekotoran pada muka seperti minyak, bedak, gincu dan make up. Kemudian lap muka dengan tuala muka.
- Basahkan muka dengan sedikit air dan kemudian guna pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Sapu buih pencuci muka ke muka dan urut keseluruhan muka dengan perlahan selama 30 saat ke satu minit untuk melancarkan peredaran darah dan oksigen di muka.
- Bilas muka dengan air bersih sehingga tiada buih yang tertinggal. Keringkan muka dengan tuala muka dan sapu toner pada muka dengan menggunakan kapas atau cotton ball untuk mengecilkan liang pori dan menegangkan kulit. (Toner juga dapat menanggalkan kotoran yang tertinggal semasa mencuci muka)
- Gunakan pelembab atau moisturizer pada muka untuk mengembalikan kelembapan dan kesegaran kulit muka anda.
- Basuhlah muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari bagi mengekalkan kelembapan dan kesegaran muka serta menghilangkan jerawat pada kulit wajah.


Seperti yang telah saya katakan di permulaan artikel, tanpa disiplin dan kegigihan yang tinggi maka kegagalanlah yang menghampiri diri anda. Disiplin dan kegigihan di sini bukanlah bermaksud anda terpaksa mencuci muka anda setiap 30 minit bagi menghilangkan jerawat tetapi basuhlah wajah anda mengikut keperluan.



Contohnya apabila anda berjalan-jalan di bandar, asap dan debu pasti akan melekat di wajah anda. Cuaca yang panas juga akan menyebabkan wajah anda berminyak. Oleh itu, ambillah masa beberapa minit untuk ke tandas awam yang berhampiran untuk mencuci wajah anda.

Alternatif lain menghilangkan jerawat
Jika anda tidak mempunyai masa untuk mencuci muka anda, anda juga boleh menggunakan tisu basah berserta toner untuk mencuci muka anda agar wajah anda sentiasa bersih dan segar. 

Simpanlah sebungkus atau dua bungkus tisu basah di dalam beg dan kereta anda untuk memudahkan anda. Tisu basah ini boleh di dapati di supermarket-supermarket yang berhampiran dengan kediaman anda.

Semoga apa yang telah di kongsikan bersama ini dapat membantu anda dalam usaha anda untuk menghilangkan jerawat di muka anda. Jika anda mempunyai kaedah yang tersendiri bagi menghilangkan jerawat, komen dan kongsikanlah ia di ruangan komen di bawah ini. Selamat mencuba.

Artikel Terkait INFO

No comments:

Post a Comment