Pages

Wednesday, February 20, 2013

Tips Penjagaan Kulit Cantik

Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, pastikan anda mengamalkan rutin penjagaan kulit yang betul. Kenali kulit anda dan anda boleh amalkan tips berikut untuk mandapatkan kulit yang sihat dan cantik.


1. Tidak kira apa jua jenis kulit anda, kunci utamanya adalah membersih dengan sempurna!

Tips – Elakkan penggunaan air panas tetapi basuhlah muka anda menggunakan air suam. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kulit menjadi terlalu kering.

2. Ramai antara kita mengalami kulit sensitif yang mudah mengalami keradangan kulit, selain kulit terlalu kering, kering dan mengelupas.
Tips – Pastikan anada menyapu krim pelembab yang bersesuaian dengan kulit anda.

3. Sekiranya kulit anda terlalu kering dan mudah untuk mengalami keradangan, elakkan memcuci muka terlalu kerap kerana mencuci muka terlalu kerap akan menghilangkan minyak semulajadi kulit.
Tips – Untuk kulit kering, elakkan pencuci yang berasaskan sabun. Gunakan krim pelembab yang berasaskan air untuk mengekalkan kelembapan kulit.


4. Pastikan anda memakai krim pelembab yang mempunyai kandungan SPF untuk melindungi kulit dari sinar UV.

5. Bersenamlah selalu! Bersenam mampu membuka saluran darah yang memperbaiki perjalanan darah yang boleh membantu menyihatkan kulit. Selain bersenam, amalan bersauna juga mampu mencantikan dan menghaluskan kulit.


InsyAllah. Semoga bermanfaat tips ini.


Artikel Terkait INFO

No comments:

Post a Comment