Pages

Friday, April 5, 2013

Ujian Kesuburan

Setelah berkahwin setahun dan mencuba untuk hamil tapi gagal, pasangan suami isteri perlu berjumpa doktor untuk peperiksaan peranakkan, scanning rahim dan ovari, ujian benih suami dan xray HSG untuk buka saluran benih isteri. Sangup atau tidak, malu atau tidak ramai yang mahukan zuriat. Jom teruskan membaca.


1. Vaginal scanning untuk mengesan penyakit dalam peranakkan - fibroid, cyst, endometriosis dll




Kalau ada senggugut dan rahim kearah tonkin/retroverted, munkin ada endometriosis yang perlu dirawat.




KOS UJIAN KESUBURAN (Anggaran)

Kos Perunding pertama = RM 120, 
follow up = RM 60

Ujian Ulltrasound = RM 50
Xray HSG (Daya Xray) untuk buka saluran = RM 190
Ujian Air mani suami = RM 50

2. Xray Hysterosalpingogram (HSG) . 
Ini bertujuan untuk membuka saluran fallopian yang munkin kuncup atau sumbat akibat dari penyakit jangkitan kuman, endometriosis atau fibroid. Ia dilakukan olih pakar xray (radiologist) dan sejurus lepas haid, jika haid habis hari ke7, HSG dilakukan pada hari ke9, 10 atau 11, iaitu sebelum subur/ovulation.

Satu alat dimasukkn pada pintu rahim dan ubat cecair khas disuntikan kedalam rahim, biasanya 5 filem xray akan diambil untuk laporan tentang saluran fallopian.

Normal HSG - kedua saluran terbuka, 30% akan hamil dalam tempoh 3-6 bulan.

Saksikan video di bawah ini



Saluran fallopian sumbat, rawatan selanjutnya untuk buka saluran fallopian tube




Rahim abnormal - bercabang dua - cacat semula jadi


3. Ujian sperma suami 

- sebaiknya dilakukan waktu isteri sedang haid dan tidak ada hubungan sex selama 2-3 hari. Boleh keluarkan sperma dirumah dan dibawa keklinik/makmal dalam botol khas dalam tempoh 1-2 jam, atau bolih keluarkan air mani dimakmal/klinik.

Kesuburan lelaki - punca kurang benih dan rawatan





Rawatan IUI , suntik benih suami


4. Ujian Hormon.
Bagi wanita yang kitaran haid tidak teratur, misalnya 3-4 bulan sekali haid dan juga gemok/obesity, ujian darah untuk menyukat paras hormon FSH, LH, Estradiol, Progesteron, Prolactin dan Thyroxin adalah penting.
Kemungkinan dia mengidap PCOS


Sumber : hamidarshat6.blogspot.com

Beginilah langkah-langkah ujian kesuburan dilakukan. Macam saya katakan samada sanggup atau tidak. Lebih-lebih lagi kena masukkan alat. Jadi saya syorkan ambil suplemen SNE bagi si suami, bagi si isteri BEUTSKIN ESSENCE dan juga perlu ambil SNE KAPSUL. Banyak testimoni pengguna yang bermasalah sebegini telah mendapat zuriat dan tiada masalah kesihatan (SIHAT & SUBUR). 

Wang ringgit boleh dicari, tetapi zuriat sendiri tidak boleh dibeli. Fikir-fikirkan yang terbaik. Insya-Allah.

Artikel Terkait TIP

No comments:

Post a Comment