Pages

Monday, February 17, 2014

Kosmetik Di-BATAL KKM : Sensual Meiji Skin Renewer Cream

Produk kosmetik "Sensual Meiji Skin Renewer Cream" telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual asid azelaik yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik. Oleh itu, produk tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia. Produk yang mengandungi asid azelaik adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah yang bertujuan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagi merawat masalah jerawat (acne vulgaris) dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Penggunaan asid azelaik tanpa mendapat nasihat kepakaran dari profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini seperti bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, kegatalan, kesan kemerahan, kulit mengelupas dan perubahan warna kulit.

PENGGUNA DINASIHATKAN UNTUK MENGELAKKAN DARI MENGGUNA PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL.


atau anda boleh buat semak sendiri jika produk lain yang anda rasa curiga

atau hubungi :

Secretary, Drug Control Authority,
National Pharmaceutical Control Bureau, Ministry of Health Malaysia,
Jalan Universiti, P.O.Box 319, 46730 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7883 5400 Fax: 03-7956 2924

Artikel Terkait KKM HALAL

No comments:

Post a Comment